Describe Foods In Penang !!!
Oke guys ,kali ini saya pengen nyoba ngejelasin beberapa makanan berikut dengan menggunakan Bahasa Malay, Cekidot !!
- Tauhu Sumbat
Tauhu adalah makanan yang diperbuat
daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya.
Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal
dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya
seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau,
dan bakso.
Tauhu adalah kata pinjaman daripada Bahasa
Hokkien yang secara harfiahnya bermaksud "kacang soya yang
ditapaikan". Tauhu pertama kali muncul di China sejak
zaman Dinasti Han pada sekitar 2,200 tahun yang lalu.
Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar
ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh
dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu.
Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai
makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada
di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya,
misalnya Tauhu Sumedang dan Tauhu Kediri.
Cara Membuat :
Selepas kacang soya ditampi untuk mengasingkan
biji-biji yang rosak, ia dicuci lalu direndam di dalam air selama enam jam.
Selepas dicuci sekali lagi, ia dikisar sehingga halus, dan pesnya dialirkan ke
dalam tong penampung.
Pes kacang soya direbus selama 15-20 minit di
dalam kuali besar. Jarak waktu antara siap pengisaran dan pemasakan
tidak boleh melebihi 5-10 minit untuk menjaga kualiti tauhu yang dihasilkan.
Pes tersebut kemudian dipindahkan dari kuali ke tong untuk disaring dengan
kain belacu atau kain mori kasar yang telah diletakkan pada
dulang buluh. Agar semua pati dalam pes kacang soya tersaring semua, pada kain
itu diletakkan sebuah papan kayu dan seorang akan naik ke atas untuk
menggoncang-goncangnya. Baki penyaringan, yang disebut kek tauhu diperas lagi
dengan menyiram air panas sehingga ia tidak mengandungi sebarang pati lagi.
Penyaringan dilakukan berkali-kali sehingga pes kacang soya habis.
Air saringan yang tertampung dalam tong dicampur
dengan asam cukaagar menggumpal. Selain daripada asam air Kelapa,
atau cairan "dadih susu" (air pati tauhu apabila tahu telah
menggumpal) yang telah dieramkan, ataupun serbuk kapur tauhu (Kalsium Sulfat)
juga akan ditambahkan.
Air asam dipisahkan daripada gumpalan putih dan disimpan,
kerana masih boleh digunakan lagi. Gumpalan tauhu yang mula mengendap
dituangkan ke dalam kotak berukuran lebih kurang 50 x 60 sentimeter persegi dan
dialasi kain belacu. Adunan tauhu kotak dikempa selama seminit sehingga air
yang masih tercampur dalam adunan tauhu itu terperas habis. Adunan tauhu
berbentuk kotak yang sudah padat dipotong-potong pada ukuran 6 x 4 sentimeter
persegi dan siap dijual.
- Buah Melaka
Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah
melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat
daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut,
garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum). Kuih
onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia .
Di Indonesia ia dikenali dengan nama "Klepon". Di Brunei ia
dikenali sebagai "kuih pancit".
Berdasarkan sejarah, kuih onde-onde atau buah
melaka diramalkan berasal dari Jawa yang dicatat dalam buku jurnal
perubatan Hindia-Belanda pada masa penjajahan kongsi dagang Belanda di
Indonesia.
- Rice Tomato
Rice Tomato (Nasi tomato) Merupakan salah satu makanan khas Malay juga guys yang biasa di sandingkan dengan Ayam Masak Merah. Adapun bahan yang digunakan dalam pembuatan Rice Tomato ini :
Ingridients :
2 pon nasi basmati.
2 sendok makan ghee (butter).
1 setangkai peterseli segar.
1 batang kayu manis.
1 cengkeh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar