Describe Foods in Penang !!!
- Nasi Dagang
Nasi Dagang adalah makanan Malaysia dan Thailand Selatan. Ia
dihidang dengan nasi lemak kukus yang dimasak dengan santan kelapa dan biji
halba, memberikan aroma unik kepada nasinya. Lain-lain ramuan untuk dinikmati
bersama nasi adalah kari ikan, telur rebus, jeruk sayuran dan ayam atau rendang
daging. Makanan ini boleh dinikmati di sepanjang Pantai Timur Semenanjung
Malaysia dan juga Thailand Selatan.
Nasi Briyani adalah nasi campur India yang dimasak dengan
beras basmathi diadun dengan pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan
sayuran. Ramuan dan rempah yang mungkin digunakan termasuklah buah pala, lada
kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis,
ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.
Terdapat pelbagai jenis Nasi Briyani seperi briyani
cendawan, briyani daging dan briyani sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh
didapati di restoran mamak atau restoran India di seluruh Malaysia.
- Cendol
Cendol adalah makanan pencuci mulut yang berasal dari
Indonesia. Ramuannya termasuk santan kelapa, jeli hijau yang panjang yang
diperbuat daripada tepung beras dan pewarna hijau yang diperbuat daripada daun
pandan, ais batu yang dikisar dan gula melaka.
Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia. Sekarang
is juga dihidangkan dengan aneka perisa tambahan seperti kacang merah, cincau,
biji jagung dan nasi pulut. Cara pemakanan baru cendol juga disajikan dengan
isi durian dan nangka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar