Describe Foods in Penang !!!
- Economic Fried Bee Hoon
Bihun Goreng Ekonomi adalah satu juadah yang ringkas di
Malaysia dan Singapura, ia biasanya disaji sebagai sarapan. Ia sememangnya
ekonomi dengan ramuan tambahan yang ringkas seperti kobis dan telor.
Bihun Goreng Ekonomi nampak ringkas tetapi sedap. Terdapat
juga pelbagai juadah yang boleh dinikmati bersama Bihun Goreng Ekonomi seperti
kari sayur, sambal kacang panjang, kek ikan, kobis dan telur goreng.
- Mee Goreng Mamak
Mee Goreng mamak, satu lagi juadah yang ringkas dan enak,
boleh didapati di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Juadah ini biasanya
dimasak bersama dengan ikan, ayam atau udang, cili, sawi, kobis, tomato, telur,
bawang merah dan bawang putih. Anda boleh manikmati juadah ini kedai mamak di
serata Malaysia.
- Nasi Ekonomi
Nasi Ekonomi juga dikenali sebagai nasi campur dan boleh
dinikmati di Malaysia, Singapura dan Thailand. Nasi Campur tidak merujuk kepada
lauk-pauk yang khas dan boleh didapati di banyak gerai makanan. Anda boleh
memilih mana-mana lauk dari 10 hingga 20 jenis lauk-lauk, bergantung kepada
gerai makanan tersebut. Kebanyakan lauk-pauk Nasi Ekonomi merupakan makanan
Cina. Nasi Ekonomi biasanya murah, sebab itu ia juga dinamakan sebagai Nasi
Ekonomi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar